LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
OLEH
DI
THE NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD
BALAI BERITA, 31 JALAN RIONG,
59100 BANGSAR, KUALA LUMPUR
BUKU LAPORAN INI DIKEMUKAN KEPADA
JABATAN PERDAGANGAN
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN SYARAT
PENGANUGERAHAN
DIPLOMA AKAUNTASI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
DISEMBER 2010
PERAKUAN
" Saya mengakui laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri berdasarkan kepada sepanjang latihan yang telah saya jalani kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang telah saya nyatakan. "
Dikemukan oleh,
Tandatangan : .........................................
Nama :
No. Pendaftaran :
Kursus :
Tarikh :
DEDIKASI
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meletakkan Latihan
Industri sebagai salah satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelum ia membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Sijil atau Diploma setelah tamat pengajian di Politeknik tersebut. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester dengan mempunyai 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik.
Industri sebagai salah satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelum ia membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Sijil atau Diploma setelah tamat pengajian di Politeknik tersebut. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester dengan mempunyai 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik.
Saya juga telah terlibat dengan program ini dan telah selesai menjalani tempoh Latihan Industri yang telah pun ditetapkan oleh pihak politeknik itu sendiri iaitu selama lima bulan lebih bermula tarikh pada 29 November 2010 sehingga 29 April 2011 di sebuah firma swasta iaitu syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad atau pun dikenali sebagai NSTP yang terletak di Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.
Program ini merupakan salah satu pendekatan yang terbaik yang telah digunakan oleh pihak Politeknik untuk memberikan pengalaman kerja serta memberikan suasana sebenar pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang realiti. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara baru yang secara tidak langsung telah memberikan kepada saya pengalaman yang amat berguna sekali apabila saya akan menempuh alam pekerjaan yang sebenar kelak.
Oleh yang demikian, pihak Politeknik telah mewajibkan setiap pelajar-pelajarnya yang telah pun tamat menjalani Latihan Industri untuk menyediakan sebuah buku Laporan berdasarkan kepada Latihan Industri yang telah mereka jalani sepanjang tempoh latihan yang telah ditetapkan. Buku laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan yang telah mereka perolehi semasa menjalani Latihan Industri tersebut.
Oleh itu, saya telah menyediakan buku laporan ini dengan lengkapnya yang telah menerangkan segala pengalaman dan pengetahuan yang telah pun saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di firma Syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Penyediaan buku laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, sama ada boleh menerus pengajian ke semester seterusnya atau pun tidak, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
Alhamdulilah saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan buku Laporan Industri ini dengan sempurna setelah hampir tamatnya menjalani Latihan Industri selama lima bulan lebih. Dengan terhasilmya buku laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya perlu menunggu masa untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke Politeknik Seberang Perai untuk menyambung pelajaran ke semester yang seterusnya. Sehubungan dengan itu, saya berharap buku Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, akhirnya berjaya juga saya dapat menamatkan Latihan Industri yang telah saya jalankan selama hampir enam bulan dengan sempurnanya seperti yang telah ditetapkan oleh Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah Politeknik Seberang Perai yang telah membantu saya untuk membolehkan saya menjalani Latihan Industri sehingga jayanya dan menamatkan dalam tempoh yang telah ditetapkan serta membantu saya dalam penulisan laporan ini.
Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya saya telah diterima sebagai pelajar Latihan Industri di syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan telah ditempatkan di dalam Jabatan Kewangan di bawah unit ‘Treasury’. Sejunjung kasih dan penghargaan diucapkan kepada pengarah pengurus kewangan iaitu Encik Abdul Hamid Abdullah kerana menerima saya serta memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk belajar lebih lanjut dalam unit ‘Treasury’ ini bermula dari 29 November 2010 sehingga 29 April 2011.
Sepanjang tempoh latihan, saya telah pun diajar dengan pelbagai jenis pekerjaan yang terdapat difirma ini. Di sini saya banyak menimba pelbagai ilmu dan pengetahuan dan ianya merupakan pengalaman baru kepada saya sebelum melangkah ke alam kerjaya suatu hari nanti. Saya akui, pada mulanya saya berasa agak kekok dengan suasana disini, tetapi setelah mengenali dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan staf-staf di sini saya berasa gembira dan lebih bersemangat dalam meneruskan program latihan industri ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Hamila dan En Haris Shariman kerana telah banyak member tunjuk ajar dan bimbingan yang bermakna kepada saya sepanjang menjalani tempoh Latihan Industri. Tidak lupa juga kepada semua staf-staf di ‘Treasure Unit’ yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar sepanjang saya berada di ‘Treasure Unit’ NSTP. Saya berjanji segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan sepanjang tempoh Latihan Industri ini akan saya manfaatkan dan dapat saya amalkan apabila menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar nanti.
Saya juga juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan segunung penghargaan kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa memahami serta banyak memberi sokongan untuk saya terus maju dalam menuntut ilmu.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman seperjuangan saya yang telah banyak membantu dalam menjalani Latihan Industri ini dengan tamatnya.
Akhir kata saya rakamkan sekali lagi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang perjalanan saya mengikuti Latihan Industri di Syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang bertempat di Kuala Lumpur. Dengan terhasilnya buku laporan ini, semoga ianya dapat memberikan faedah dan manfaat kepada semua.
Wassalam.
Sekian, terima kasih.
ABSTRAK
The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang dikenali sebagai NSTP merupakan sebuah syarikat penerbitan surat khabar yang terbesar dan tertua di Malaysia. NSTP bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat khabar kepada semua orang ramai untuk membolehkan mereka memperoleh pelbagai maklumat berkaitan dengan pembangunan Negara. ‘Treasury unit’ merupakan salah satu unit sokongan di NSTP. Selepas hampir lima bulan menjalani Latihan Industri di Syarikat NSTP, pelbagai pengetahuan berkaitan dengan penerima pembayaran dan pengeluaran surat khabar dan kemahiran yang dapat pelajari. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat dijadikan asas untuk penyedian pelatih dalam menghadapi alam pekerjaan setelah tamat pengajian peringkat diploma di politeknik ini.
ABSTRACT
The new straits times press (Malaysia) berhad, known as the NSTP is a newspaper publishing company of the largest and oldest in Malaysia. NSTP responsible for the newspapers to all the people to enable them to obtain various information related to national development. Treasury unit is one of the support unit in the NSTP. After nearly five months of Industrial Training at the NSTP company, a variety of knowledge relating to the payable payment and issuance of newspapers and the skills to learn. Knowledge and skills can be the basic for preparing trainee face job natural after graduation diploma at the Polytechnic.
TQ:
TQ:







0 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:
Post a Comment