- JOM BACE -
V
Aduh2.. Dalam EIQA buka FB EIQA tadi kan.. EIQA da ternampak satu post nie pasal filem yang skang nie dah meningkat naik.. Korang semua pown mesti dah tengok filem OMBAK RINDU yang memang giler2 best la kan3.. Filem tue pown skang nie mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM 10.01 juta sehingga 30 Disember lalu.. Fuhh.. Memang terhebat la cerita tue..
Tapi walau camne pown filem tersebut tak lari dari melakukan kesilapan.. Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.com telah menyenaraikan lebih 29 jenis kesilapan yang ada dalam filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut..
Antara-antara kesilapan yang disedari adalah :
![]() |
| "TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam." |
![]() |
| "Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun." |
![]() |
| "Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. Singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya." |
![]() |
| "Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah." |
![]() |
| "FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit). Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah." Fuhh.. Da gak kesilapan dalam filem nie yang kite sendiri tak nampak akan kewujudan nyer kan..hehe.. Kalau korang nak melihat dan membaca lagi kelemahan-kelemahan yang da dalam filem nie, korang boleh melayari blog http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-2011.html Walaupun da kesilapan dalam filem tersebut, tapi EIQA tetap tabik gak kat filem nie sebab cerita die yang begitu menyayat hati.. Lagipun kesilapan-kesilapan yang da tue mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang. Sumber : Goof Spot dan MyNewsHub |













0 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:
Post a Comment