Tekan Sini Boleh?

TEMAN TAPI MESRA :D

Ilmu Budi dan Bakti


- JOM BACE -

V

Assalammualaikum,

    Selamat petang semua.. Huh.. Dalam beberapa hari nie EIQA tengok bila petang je asyik hujan je.. Tak tahu la kenapa.. Rasa macam bumi nie menangis plak.. Menangisi dengan apa yang telah terjadi dengan keadaan zaman sekarang nie.. Cam2 ragam.. Hurm.. Lagipun awan nie cam tahu2 je hati EIQA sekarang nie tengah rasa sedih gak.. Haish.. Kadang2 malas nak pikir dah.. Cam2 masalah yang timbul..

    Fuh.. Sebenar nye EIQA bukan nak cerita pasal masalah EIQA kat sini.. EIQA just nak share something je.. Tapi nie pun just pendapat EIQA je.. Jangan plak ada yang kata EIQA cakap nie sebab EIQA pendam perasaan or menokok tambah benda tak patut plak.. Lepas tue kata mengalami tekanan perasaan plak.. Tak ada kena mengena ok cik akak NORAFIQAH HAIDZIR (Opss.. betul ke nama die? *.*) Hah.. Udah.. Nak berceramah plak erk EIQA nie..HEHE.. ^^.

    Ok sebenar nye tadi tengah EIQA online FACEBOOK ada plak seorang hamba Allah nie post kan someting mengenai kelulusan pelajaran seseorang.. Mungkin dia postkan benda tue sebab nak tutup mulut orang yang suka memaksa2 nie.. Nak tahu apa die.. Jom scroll ke bawah.. ( Opss.. Maafla tajuk entri tue sebenarnya lagu tempat EIQA belajar.. ^__^ )
" Ijazah terbaik dan keputusan cemerlang bukan jaminan graduan mudah diterima majikan jika tidak pandai berkomunikasi, berani dan penuh idea. tidak hairan jika graduan yg memiliki kptusan cmrlang sukar bersaing mndptkn pkerjaan berbanding mereka yg hanya mpnyai kelayakan sijil atau diploma... "
    EIQA sokong dengan pendapat dia.. Overall semua para ijazah tak semestinya mampu diterima oleh para majikan. Oleh itu, mereka2 nie perlulah membuka minda mereka untuk membuat yang lebih terbaik..

    Seseorang tue seharusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.. Sebab apa bila kita sambung pelajaran kita maka pelbagai ilmu pengetahuan yang baru akan dapat kita pelajari.. Lagipun ramai juga yang berfikiran bahawa belajar tinggi2 nie tak bawa ke mana pun last2 menganggur juga.. Tue boleh dikatakan seseorang yang mempunyai otak yang sempit..

    Jika seseorang mampu bersaing untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik maka tak akan jadilah istilah menganggur dalam hidup seseorang tue.. Jadi tak salah kalau kita sebagai seorang kalimah Allah di muka bumi nie berusaha untuk mencari dan menambahkan lagi ilmu yang mungkin pada kita sudah mencukupi tapi tidak sebenarnya..

    Dalam kehidupan kita nie tak akan pernah pun ada istilah yang cukup.. Sedangkan duit hasil titik peluh kita bekerja pun kita merungut tak cukup nie kan pula kalau nak mencari ilmu.. Setiap pekerjaan yang kita lakukan hanya bergantung kepada pengalaman, berani, mempunyai idea dan komunikasi juga tidak mencukupi.. Ini kerana setiap perkara2 tersebut juga bermulanya dari ilmu. Dari Anas r.a : Rasullulah s.a.w bersabda :
" Carilah dan tuntutlah ilmu walaupun ke negara China sekalipun, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para Malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut.  "
    Lagipun ada juga yang mengatakan "dah try apply upu tapi tak dapat nak buat camne".. Mungkin tiada rezeki di situ tapi bila EIQA lihat sahabat EIQA nie walaupun dia tak dapat mana2 tawaran belajar tapi dengan usaha yang dia ada dia mampu memohon sambung study melalui KSS (kursus secara sambilan) sahaja.. EIQA memang tabik kat dia.. Insyallah.. Dengan niat dia ingin mencari ilmu mungkin Allah akan memberi yang terbaik untuknya.

    Tapi bila dah ada ilmu janganlah anda berbangga dengannya kerana mungkin Allah akan menarik balik segala nikmat yang diberikan. Mencari sesuatu ilmu bukan bergantung pada umur..

    Maka dengan itu carilah ilmu sejauh mana yang boleh selagi kita mampu untuk mencarinya.. Janganlah sesekali mengeluh dan berkata letih apabila ingin mencari ilmu kerana ilmu yang kita cari tue mungkin akan berguna dalam kehidupan kita suatu hari nanti.. Amin..



- p/s : Dengan melanjutkan pelajaran la air mata ibubapa kita akan mengalir dan mereka akan berbangga dengan kita.
- p/s : Apa guna perkataan "kawan" kalau kata2 nie dikeluarkan 'kite ade akal, ade otak.. lebih2 lagi berpelajaran tinggi, jngn ikot hati nak main bedal je..'. Be behave yourself.!

♥SUKE? JOM TEKAN LIKE!!♥

0 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala COPYRIGHT © di sini adalah Hak Milik EIQA