Tekan Sini Boleh?

TEMAN TAPI MESRA :D

Petua Kumpul Duit untuk Majlis Kahwin

- JOM BACA -
V

Assalammualaikum.


Pin3~~ Eh Eh.. EIQA macam nak kahwin je kan bila tengok tajuk entri tue..HEHE. Ok the truth is memang EIQA nak kahwin pun tapi tapi errr family tak bagi bajet tak cukup lagi la ( Nampak gatalnya kan.. >.< ). HIHI. EIQA tipu je pun.. Belum masa nya pun EIQA nak melangkah ke alam rumah tangga. Tapi insyallah kalau dah sampai jodoh dan serunya apa salah nya kan kan kan ^^P ( Err. Doa-doakan tau.. ^^, ).

Tak ada la.. Actually tadi EIQA online facebook and then ternampak page 2DayBlogger.com nie postkan pasal tips-tips or petua kepada remaja-remaja zaman sekarang untuk kumpulkan duit untuk majlis kahwin.
Huh.. Tue pun ada petua nya jugak tau. Al-maklum zaman sekarang nie kan semua barang-barang untuk kenduri dah naik harga.. So jangan terkejut bila pihak perempuan meletakkan harga yang sedikit tinggi kepada pihak lelaki ye..HEHE.. Tue bukan nya nak jual anak tau tapi dah lumrah alam katakan bila harga barang semakin naik kan so hantaran pun naik le. ^____^
Petuanya :
1. Simpan RM250.00 setiap bulan.
2. Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
    ( RM250 x 36 bulan = RM9,000 )
Jika tidak mencukupi :
Kongsi dengan bakal isteri. Setiap seorang perlu simpan RM250.00 setiap bulan.
( RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000 )
Atau :
Gandakan nilai simpanan anda berdua iaitu seorang RM500.00 setiap bulan.
( RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000 )
Cara bajet :
a) RM10,000 : Kenduri belah perempuan sahaja ( Bajet Ekonomi)
b) RM20,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki ( Bajet Ekonomi)
c) RM38,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki ( Bajet Sederhana Tinggi )
Hah.. Nampakkan.. Errr.. Sesiapa yang betul-betul tak sabar nak kahwin tue kan boleh la ikut petua nie dari sekarang. Mana tau cukup je duit terus langsung kahwin nya dan tamatkan zaman bujang dengan secepat mungkin. Tak payah nak tunggu-tunggu.. Betul idak? 

Well.. Petua nie pun sesuai jugak untuk pasangan yang bercinta dah lebih 1-2 tahun.. Apa-apa pun sharing is caring. So si isteri perlulah berkongsi dengan bakal suami if nak jalinkan hubungan yang bahagia. Amin.. ^___^
p/s : Emmm.. Jealous nya bila tengok ramai kawan-kawan rapat EIQA semua nya dah bertunang. After this tinggal untuk nikah je.. Hopefully semua nya bahagia di samping orang yang tersayang sampai akhir hayat. Amin..

♥SUKE? JOM TEKAN LIKE!!♥

2 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:

dariilhamkehati said...

hehehe , bagus latuh , tp ade pompuan berat hati nak kongsi :P

lagi2 yang studen tuh , memg tak lerr

Eiqa ciK said...

Hehe. Tau tak apa. Tak semua pun nak kongsi.
Kalau nak kongsi pun jari bakal suami yang betul2 boleh dipercayai.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala COPYRIGHT © di sini adalah Hak Milik EIQA