- JOM BACE -
V
Assalammualaikum..

Sabda Rasullulah SAW :
" Setiap anak Adam adalah bersalah dan sebaik-baiknya orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat. "
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani)
Siapalah kita untuk menentukan kebaikan atau kesalahan seseorang, tapi ingatlah hanya Allah SWT sahaja yang mampu melakukannnya.
Semoga apa yang berlaku membuat kita sedar siapa dan di mana diri kita yang sebenarnya berpijak. Mungkin setiap kawan atau orang yang rapat dengan kita dulu tak mungkin dapat membimbing kita ke arah jalan kebaikan. Oleh itu, hanya Allah satu-satunya jalan terbaik untuk dijadikan tempat kita mengadu.
Ingatlah wahai manusia janganlah sentiasa menuding jari dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap setiap kesilapan yang mereka lakukan tetapi bimbinglah mereka ke arah jalan kebaikan. Jadikanlah ikhtibar dengan segala apa yang berlaku. Sesungguhnya tiada manusia ciptaan Allah di muka bumi ini diciptakan sempurna tanpa sebarang cacat cela dan kesilapan.
Semoga syurga adalah jalan pengakhiran untuk kita semua. Insyallah.. Amin..
p/s : Pengkongsian sedikit ilmu..
Semoga ianya memberi peringatan kepada EIQA sendiri..







0 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:
Post a Comment