- JOM BACA -
V
Assalammualaikum.
Erghhh! Geram nya la dengan line internet serindit kat UUM nie. Huh. Kejap line ok kejap k.o. Tension meh. Rasa cam nak hepuk je laptop EIQA nie bagi line internet ok balik ( Errr.. Leh ok balik ke? ) Tapi bagus jugak sebab sekurang-kurangnya dapat jugak EIQA study ( HAHA.. Study ke? EIQA asyik main game ada la ).. Ok abaikan.
Dengan ini, ingin EIQA ceritakan bahawasanya dot dot dot ( Fuhh.. Merepek dah EIQA nie ).. Hah.. Back to the our entry title.. Ok la.. Saje2 je EIQA nak update je pown. Dari blog nie jadi sarangHAE kan.. Lebih afdal EIQA ceritakan dan kongsikan serba sedikit pengalaman EIQA kat bumi sintok nie.. ^____^
Pada 11.11.2012 ( Lama punye cerita baru nak update. ^^P ), tepat pukul 8.30 malam di dewan Tradewinds Universiti Utara Malaysia telah diadakan satu dinner PERMAS ( Persatuan anak2 Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ). Hakhak.. Bermadah puisi plak EIQA nie kan..
Well.. EIQA join dinner nie pown saje untuk release tension sebelum nak menghadapi final exam. Lagipun disebabkan EIQA nie anak Kuala Lumpur so EIQA pown dengan rela hati tanpa ada paksaan menjoinkan diri EIQA dengan dinner tersebut ( Wah. Dah cam ayat apa je kan! ).. Huh.. Walaupun tak ramai yang join tapi memang best la. Sebab EIQA dapat makan macam2 makanan sedap yang ada kat situ..HEHE.. Ok kat bawah nie gambar EIQA yang agak tak berapa pandai nak hias time dinner tue.. ^^.
![]() |
| Errr.. Mata tue EIQA edit sikit.. ^.* |
Tapi just surprise for me sebab orang yang EIQA tak pernah nak rapat dan kenal time politeknik dulu boleh jadi kawan kat sini. Hah.. Memang surprise gila.. So kiteorang pown join la duduk satu meja.. Tapi alhamdulilah. Even EIQA telah kurang 3 orang kawan or dikenali sebagai ex housemate. Tapi Allah telah mengandakan kawan2 EIQA kat sini.. Mungkin ada hikmah disebalik tue kan. Kawan2 EIQA kat sini pown majoriti adalah satu kepala dengan EIQA. Memang syok gila la.. ^__^
Hah. Cam dah lari topik je kan.HEHE.. Persembahan dinner tue pown best2 sangat. Tapi yang tak tahan nya kiteorang berada dalam keadaan kesejukan sebab penghawa dingin kat dalam dewan tue tiba2 berada dalam mood terlalu kuat plak.. Sampai kan member EIQA kata " Sejuk2 nie la membuatkan perut jadi lapar." Memang sempoi betul member EIQA nie.. Tapi lelaki kan.. Tak apa la.. Makan banyak pown badan mantain je.. Kami2 yang wanita nie kena la jaga badan.. ^.*
Sebelum nak balik. Ada la serba sedikit pertukaran hadiah.. Disebabkan EIQA tak ada masa nak beli hadiah kan so EIQA terpaksa la bagi ada barang kesayangan EIQA untuk dijadikan sebagai pertukaran hadiah. ^.^
![]() |
| Nie la hadiah yang kami dapat.. :D |
Member2 EIQA lain semua sibuk tangkap gambar tapi kami bertiga lepas dapat je hadiah terus melangkahkan kaki kami keluar dewan untuk balik ke bilik kami masing ( Walhal. Bilik DPP kiteorang dekat je pown dalam 5 minit sampai dah.. ) Sampai2 bilik terus roomate EIQA suruh bukak hadiah tue dan hadiah nya adalah mug..HAHA.. Err.. Sori sebab tak dapat nak tangkap gambar sebab mug tue kena simpan dengan baik2.. ^^P
Ermm.. Ok la.. Stop sini dulu la.. Malas nak taip panjang2 dah.. Nanti kang tak larat plak korang nak membaca nya..HEHE.. Ok daaaa... Assalammualaikum..









1 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.
Post a Comment