Tekan Sini Boleh?

TEMAN TAPI MESRA :D

Pengalaman di ILSAS - IBE

Assalammualaikum w.b.t,


Hai gais. Lamanya la tak bukak blog ni. Rindu plak. Hehe.

Alhamdulilah. Setelah 2 bulan hadap dengan stress kat tempat kerja terdahulu. Akhirnya segala tekanan tersebut dah tak ada. Mungkin ada yang dah baca post Eiqa yang terdahulu tentang tempat kerja Eiqa kan. Tapi nak buat macam mana. Tak ada rezeki Eiqa nak lama kat sana. So after 4 months Eiqa kerja, dengan pelbagai dugaan yang Eiqa hadapi. Alhamdulilah. Eiqa dapat menceburkan diri join SL1M - IBE untuk Fasa 3 Kumpulan 1 di TNB.

Pada mulanya memang Eiqa tak ada niat pun nak apply SL1M ni tapi bila dugaan datang bertimpa-timpa and Eiqa pun tak mampu dah bertahan. Tanpa berfikir panjang Eiqa terus je apply ke E-madis TNB. Tak sampai berapa minggu Eiqa dapat jemputan interview kat Dua Sentral KL. Mulanya cuak gak takut yang SL1M ni Eiqa tak dapat. Yela. Dalam fikiran memang nak sangat berhenti kerja kat sana. Tapi syukur bila esok je nak berhenti Eiqa dapat email Pra-Tawaran join SL1M ni. Perasaan gembira tu memang tak dapat nak digambarkan.

Bagi orang lain mungkin akan ada yang cakap SL1M ni bukan ada peluang kerja pun after dah habis nanti. But pada Eiqa. Perkara tu letak tepi dulu sebab yang penting Eiqa dapat keluar dari tempat kerja SPV tu. Eiqa tak nak dah fikir tekanan-tekanan yang ada kat sana dah. Kalau tak Eiqa boleh jadi gila kalau Eiqa still lagi kat sana. Hee.

Masuk hari ni dah 3 minggu Eiqa berada kat ILSAS untuk training before kiteorang kena On Job Training (OJT) kat sub-stesen TNB yang ada. Memang tak menyesal la join sebab pelbagai pengalaman yang Eiqa dapat sepanjang minggu training tu. Dapat plak kenal dengan kawan-kawan baru dari serata negeri. Memang enjoy even ada penat sikit. Hehe.

Okla. Takmau taip panjang-panjang dah. Just enjoy sedikit gambar sepanjang Eiqa kat ILSAS. Kalau Eiqa ada masa and rajin, Eiqa akan buat entry pasal Eiqa join kem Outward Bound Malaysia (OBM) kat Alang Sedayu, Gombak plak. :)










That's all gais. Daa. 


Sincerely,

Cik Eiqa :)


♥SUKE? JOM TEKAN LIKE!!♥

0 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala COPYRIGHT © di sini adalah Hak Milik EIQA