- JOM BACA -
V
Assalammualaikum,
Huh. Terasa janggal plak nak menulis. Dah lama EIQA tak update. Sehari sehari ingat nak update tapi disebabkan kerja yang menimbun terpaksalah buat kerja yang lagi penting. :)
Alhamdulilah. Hari ni dah masuk 1hb Disember 2013. So lagi sebulan je nak masuk tahun baru. Fuhh! Kejap je rasakan. By the way, alhamdulilah. Skang ni EIQA dah masuk tahun ke 2 kat UUM Sintok yang tersayang ni (Sayang sangat.HAHA). Inshallah. Kalau tak ada aral melintang, tahun 2015 EIQA akan bergraduat. Chewaah! Hopefully Amin. :)
Seriusly. Semakin naik peringkat lagi tinggi semakin susah nye kita nak mencapai tangga kejayaan. Tapi tak bermakna kita perlu berputus asa. Paling penting sekali adalah semangat dan usaha yang perlu ada dari kita. Wahhh!! Kita dah pandai beri kaunseling kan. Katanya. HAHA.
Tak adala. Sebenarnya minggu lepas EIQA ada pergi USM untuk join Prorgram Golden Club under Pusat Kaunseling UUM sendiri. Mesti pelik kan. Why Golden? Ngeh3~~ EIQA dah pergi baru EIQA tahu apakah program ni sebenarnya. Actually, program ni untuk student bumiputera yang mempunyai CGPA 3.50 until 3.66. The second class upper after first class. So pihak kaunseling ni just nak bagi kiteorang semangat & motivasi untuk kiteorang capai First level (3.67-4.00) time graduat nanti. So banyakla motivasi yang kiteorang dapat untuk membolehkan kiteorang berusaha lagi. Inshallah.
Antara ayat2 yang EIQA ingat:
" Nak capai kejayaan, jangan bagi PILIHAN. "" Percayalah musuh utama kita adalah PEMIKIRAN. "" Hati seorang yang BODOH terletak pada MULUTnya,
tetapi mulut seorang yang BIJAK ada pada HATInya. "
Inshallah. Ayat2 ni akan jadi pemangkin untuk EIQA tunjukkan kat semua orang yang EIQA pun mampu untuk berjaya. Especially, EIQA harapkan dapat mengembirakan kedua ibubapa sebab mereka banyak berkorban untuk EIQA. Tiada benda yang mustahil dapat kita lakukan. Dengan izin Allah kita mampu untuk lakarkan kejayaan. Amin.
![]() |
| Kami bertiga berazam untuk mendapat PLATINUM! |
Okla. Tu je pun EIQA nak tulis.HEHE. Lama tak menaip & update blog ni. Rasa cam suram je kan. So sesekali inshallah EIQA akan tulis. Daaa. :D
p/s: Minggu ni minggu konvokesyen. Rasa best je tengok dorang semua dah bergraduat. Mood: Homesick. :)








2 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:
hi,singgah follow blog awak :)
Thanks @intan. :)
Post a Comment