Assalammualaikum wbt,
Alhamdulilah. Hari ini EIQA mempunyai masa yang terluang untuk update blog even line internet sangat-sangat la mencemburui EIQA. Hmm. By the way, hari ini gambar EIQA ada masuk surat khabar.Kihkihkih. Saje nak bagitau. Tapi surat khabar Sinar Harian Utara je pun.Hehe.
Ok. Ni program yang dilakukan Universiti EIQA. Program ini diberi nama sebagai The UUM Mayday Project (TUMP) & dijalankan pada 1 Mei 2014 di mana time tu adalah cuti buruh. Program ini dilakukan bagi membantu golongan gelandangan iaitu golongan yang tidak mampu & mereka ini hanya tidur di kaki lima je. Kiteorang buat program ini dekat Penang dan seharian jugak la kiteorang kat sana.
Program yang kiteorang lakukan adalah dengan membuat busker ataupun dikenali sebagai muzik jalanan antaranya di Penang Sentral, Komtar & Queensbay. Ianya bagi membantu untuk kitaorang mengutip sumbangan dari orang ramai bagi membantu golongan ini. Alhamdulilah. Kitaorang dapat feedback yang positif dari semua orang yang datang saksikan persembahan kitaorang.
Pada mulanya EIQA takut jugak la join program ini. Tapi bila tiba tarikhnya. Fuh! Memang tak dapat gambarkan camne. Mendengar golongan gelandangan tu pun kita dah dapat bayangkan diaorang tu camnekan. Shock & scary. Even penat seharian tak tidur tapi ia banyak memberi pengajaran kepada EIQA. Dapat tengok golongan ni depan mata pun rasa cam nak mengalir air mata je. Rupanya ada lagi orang yang lagi susah dari kita.
Okla. Tu je pun EIQA nak coretkan kat sini. If korang nak tau lebih lanjut boleh la tengok kat FB The UUM Mayday Project or kat instagram @theuuMproject. Semoga dengan ada bantuan yang kita hulurkan dapat membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan. Inshallah.














0 ,800.3 orang geram ngan pendapat EIQA (:
Post a Comment